Friday, February 4, 2011

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C


Format Bahagian C
1. Dalam bahagian ini calon akan diberi sama ada sebuah petikan berupa fakta,
cerita, dialog atau pun puisi.Bahagian ini tiada pilihan dan wajib dijawab.
2. Calon dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi berdasarkan
arahan-arahan tertentu.
3. Jawapan hendaklah dibuat dalam satu perenggan sahaja.
4. Panjang karangan lebih kurang 50 patah perkataan (arahan soalan tidak lebih
50 patah perkataan).
5. Jumlah markah - 20 markah.
6. Masa dicadangkan - 20 minit sahaja.
Sebelum Menjawab
1. Baca dan fahami arahan soalan.
2. Fahami kata kunci yang diberi sama ada meminta menulis tentang
a) nilai murni,
b) amalan baik,
c) pengajaran atau seumpamanya.
3. Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.
4. Baca petikan atau puisi yang diberi sekali lagi secara ayat demi ayat dan gariskan perkataan, frasa / rangkaikata yang mempunyai nilai-nilai murni, pengajaran atau sebagainya mengikut arahan soalan.
5. Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai itu kepada positif. ( Contoh: bangun lewat - bangun awal / malas ke sekolah - rajin ke sekolah)
Semasa Menjawab
1. Berpandukan nilai-nilai murni/pengajaran yang telah dicatat, tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.
2. Pengajaran/nilai murni yang ditulis hendaklah disertai contoh-contoh dalam petikan.
3. Hanya contoh yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.
4. Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja.
5. Elakkan / jangan menyalin semula nilai murni/pengajaran atau petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.
Selepas Menjawab
1. Baca semula keseluruhan jawapan dan semak 5 aspek kesalahan bahasa dari segi perbendaharaan kata, struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca.
2. Pastikan tiada idea / isi yang tertinggal.Lima idea/isi/nilai murni/pengajaran mesti dikemukaan.
3. Baiki tulisan/perkataan yang tidak jelas.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...